Wiki Fairy Tail
Advertisement
Seterusnya:

Natsu Dragneel & Lucy Heartfilia lwn. Vulcan (Macao Conbolt)

Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, & Happy lwn. Bora
Natsu Defeating Bora
Arka:

Arka Macao

Tempat:

Bandar Hargeon

Hasilnya:

Natsu Dragneel menang.

Watak yang Terlibat
Kuasa dan Kebolehan

Natsu Dragneel

  • Magik Pemburu Naga Api
  • Bertumbuk

Lucy Heartfilia

  • Magik Celestial Spirit

Aquarius

  • Magik Air

Happy

  • Aera

Bora

  • Magik Api
Kerosakan yang Dilakukan/Terkorban

Natsu Dragneel tidak cedera.
Lucy Heartfilia tidak cedera.
Aquarius tidak cedera.
Happy tidak cedera.

Bora cedera ringan.

Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, & Happy lwn. Bora adalah sebuah perlawanan diantara Mage dari Fairy Tail, Natsu Dragneel, Mage Celestial Spirit, Lucy Heartfilia, Mage dari Fairy Tail, Happy, dan penjual hamba dan bekas ahli Persatuan Titan Nose, Bora.

Prolog[]

200px-Lucy_confronts_Bora.jpg
Lucy berdepan dengan Bora

Bora menjemput Lucy ke partinya yang dibuat atas kapal dan jika Lucy datang Bora akan berbincang dengan ketuanya mengenai penyertaan orang baru dalam Fairy Tail. Lucy menerima pelawaan itu.[1] Di tempat lain Natsu terdengar seseorang bercakap tentang "Salamander" dari Fairy Tail dan Natsu ingin tahu perkara itu.[2] Di atas kapal Bora mencuba secara rahsia untuk menidurkan Lucy dengan sedatif, tetapi Lucy sedar akan cubaan itu dan menolak untuk menjadi perempuan kepada Bora. Kemudian Bora menyuruh konco-konconya menangkap Lucy.[3]

Dengan tertangkapnya Lucy, Bora membongkar bahawa dirinya seorang penjual hamba dan perempuan-perempuan yang terkena Magik Menawan diatas kapal itu akan dijual sebagai hamba.[4] Bora kemudiannya mengambil kunci yang berada di bawah pakaiannya dan menyatakan kunci ini tidak berguna untuknya kerana hanya Mage Celestial Spirit yang mempunyai perjanjian diantara Celestial Spirit sahaja yang boleh menggunakannya.[5] Dia membuang kunci itu dan sebaik sahaja Bora mahu mengecop Lucy, Natsu tiba.[6]

Perlawanan[]

200px-Natsu_arrives.jpg
Ketibaan Natsu

Natsu dan Happy tiba untuk selamatkan Lucy, tetapi Natsu cepat mengalami mabuk. Lucy mendongak keatas dimana Natsu tiba dan terlihat Happy dan bertanya adakah Happy pernah ada sayap sebelum ini.[7] Happy tidak menjawab persoalan Lucy dan terus mengambil Lucy dengan ekornya.

200px-Happy_rescue_Lucy.jpg
Happy menyelamatkan Lucy

Happy terus terbang menuju ke pantai, tetapi Bora dan konco-konconya mula menembak kearah Lucy. Happy mengelak kesemua tembakan, tetapi, dia kehabisan kuasa magiknya lalu mereka berdua jatuh ke dalam laut dan Lucy terus mencari kuncinya yang dibuang oleh Bora.[8] Setelah terjumpa, Lucy timbul ke permukaan air dan mengambil salah satu kunci emasnya dan berkata "Bukalah, Pintu Pembendung Air! Aquarius!", dia memanggil Aquarius.

200px-Aquarius_when_she_was_first_summoned.jpg
Aquarius semasa kali pertama dipanggil

Lucy memberitahu Aquarius untuk menggunakan kuasanya supaya kapal tadi dibawa ke pantai. Aquarius membalas dengan "Cis!" dan mengingatkan Lucy jika tidak mahu dibunuh jangan menghilangkan kunci lagi. Lucy meminta maaf dan Aquarius menggunakan Serangan Ombak Besar untuk menolak kapal itu, bersama Lucy dan Happy, ke pantai.[9]

200px-Bora%27s_yacht_washed_to_shore.jpg
Kapal Bora tersadai di pantai

Aquarius memberitahu Lucy supaya jangan memanggilnya selama seminggu kerana ada temu janji denganteman lelakinya, dan Lucy terasa menjengkelkan kerana Aquarius mengulangi perkataan "teman lelaki". Lucy dan Happy cuba untuk melihat keadaan Natsu tetapi Lucy mereka mendapati Natsu sedang dalam amarahnya.[10] Lucy memberitahu yang dia akan menyelesaikan masalah ini tetapi Happy menghalang dan lupa untuk memberitahu Lucy bahawa Natsu ialah Mage juga.[11] Dua daripada konco-konco Bora mencuba untuk menyerang Natsu, tetapi dengan mudahnya Natsu mengalahkan mereka dengan satu tumbukan sahaja.

200px-Natsu_hits_Bora%27s_subordinates.jpg
Natsu mengalahkan dua konco Bora dengan mudah

Natsu menyatakan yang dia ialah Mage dari Fairy Tail dan tidak pernah melihat Bora sebelum ini.[12] Semua orang kecuali Happy terkejut dengan peryataan Natsu dan salah seorang konco-konco Bora memanggil dengan nama sebenar Bora (sebelum ini Bora dipanggil Salamander) dan Bora menafikan panggilan nama itu. Happy menyatakan bahawa "Bora Yang Agung" (Prominence) ialah Mage dibuang dari persatuan Titan Nose, dan Lucy pukla menyatakan bahawa pembuangan Bora adalah disebabkan beberapa jenayah telah dilakukan. Natsu memberitahu tidak kiralah Bora ini orang baik atau jahat, tetapi Natsu takkan maafkan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan nama persatuannya.[13]

200px-Red_Shower.jpg
Bora menggunakan Pancuran Merah

Bora memulakan perlawan dengan menggunakan Magik Api untuk menyerang Natsu, tetapi yang menghairankan Lucy dan Bora, Natsu lansung tidak terjejas dengan api Bora sambil berkata rasa api Bora tidak sedap dan mula memakan api Bora. Happy menyatakan api tidak menjejaskan Natsu dan Natsu berkata dia selepas memakan api kuasanya akan meningkat.[14] Natsu mula menyerang dan Bora diingatkan oleh salah seorang konco-konconya bahawa Natsu ialah "Salamander" yang sebenar-benarnya. Peringatannya terlalu lambat dan Natsu menggunakan Ngauman Naga Api untuk membalas serangan tadi.[15]

200px-Natsu_Defeating_Bora.jpg
Bora dikalahkan

Bora terselamat dan membalas serangan dengan Pancuran Merah tetapi Natsu mengelak dan menumbuk Bora. Lucy tertanya jika Natsu boleh memakan api dan menumbuk dengan api adalah Magik yang dinyatakan Happy bahawa Natsu ialah Pemburu Naga. Bora menggunakan Puncak Neraka dan Happy menyatakan yang mengajar Natsu Magik Pemburu Naga Api ialah seekor naga bernama Igneel. Bora kemudiannya menggunakan serang yang tidak bernama, tetapi Natsu memakannya dan menggunakan Tumbukan Besi Naga Api yang menyebabkan Bora melayang dan kalah dalam pertarungan ini.[16]

Selepas Kejadian[]

200px-Natsu%2C_Lucy%2C_and_Happy_running_from_Rune_Knights.png
Natsu, Lucy dan Happy melarikan diri

Disebabkan Natsu telah mengucar-kacirkan bandar, askar datang untuk melihat apa yang telah terjadi. Takut jika tertangkap, Natsu melarikan diri, tetapi membawa Lucy bersama. Lucy bertanya kenapa membawanya sekali. Natsu menjawab membawa Lucy kerana dia ingin memasukkan Lucy ke persatuannya dan mereka terus melarikan diri.[17]

Rujukan[]

  1. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 29
  2. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 31-32
  3. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 34-36
  4. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 37
  5. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 38
  6. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 39-41
  7. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 42
  8. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 45
  9. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 46-49
  10. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 51-52
  11. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 53
  12. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 54
  13. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 55
  14. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 56-60
  15. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 61-63
  16. Fairy Tail Anime: Episod 1
  17. Fairy Tail Manga: Episod 1, M/s 73-76

Navigasi[]

Tiada Arka Macao Arka Daybreak
Tiada Bab-bab
1 | 2 | 3
Tiada Episod
1 | 2
Advertisement