Sebuah dunia fiksyen karya bersiri manga Fairy Tail oleh Hiro Mashima terdiri daripada dua dunia berbeza: Earthland dan Edolas. Earthland adalah dunia dalam siri ini yang diduduki oleh 10% mage manakala Edolas pula adalah dunia yang selari atau kewujudannya yang hampir sama dengan Earthland. Plot cerita ini menggunakan konsep bangsa arab dan dan bangsa Barat zaman pertengahan.
Asas[]
- Lihat juga: Magik dalam Fairy Tail
Siri ini ditetapkan dari tahun X784 hingga X791 yang dimulakan pada arka Macao, yang berlaku pada 2 Julai X784 sehingga pada arka Grand Magic Games pada 7 Julai X791. Gambaran mage tertumpu kepada sihir, yang bukan sahaja mengunakan objek seperti tongkat, tetapi digambarkan sebagai keupayaan semula jadi yang mesti diasah dalam kemahiran untuk melakukan perkara-perkara yang sebaliknya mustahil. Ia juga tertumpu ahli sihir dari dunia ynag selari, atau dikenali sebagai Edolas. Walaupun bakat yang sedia ada, sihir diasah melalui kajian dan latihan dalam kemahiran.
Penduduk di Earthland terutamanya di Magnolia tidak mengambil peduli kewujudan Edolas yang dianggap sebagai dunia yang selari, hanya beberapa sahaja percaya akan kewujudannya. Walaupun begitu beberapa watak daripada Edolas telah pun menetap di Earthland buat masa yang lama seperti Mystogan dan Porlyusica. Walaupun penggunaan magik yang bebas di Earthland, sebuah majlis ditubuhkan bagi mengawal tindak-tanduk mage iaitu Majlis Magik. Walaupun begitu penubuhan Persatuan Gelap semakin berleluasa dan tindak-tanduk mereka tidak dapat dibendung oleh Majlis Magik. Sungguhpun begitu pertolongan daripada Persatuan Rasmi diharapkan bagi mencegah aktiviti Persatuan Gelap ini. Berlainan pula penggunaan magik di Edolas. Penggunaan magik disekat kerana sumber kuasa yang semakin berkurangan. Tidak hairanlah hampir kesemua persatuan disitu dibubarkan kecuali Fairy Tail yang dianggap sebagai persatuan gelap disitu kerana kengganan mereka untuk membubarkan persatuan. Jadi mereka menggunakan Anima bagi menyedut sumber kuasa dari Earthland untuk digabungkan dengan Extalia bagi mendapatkan sumber magik yang abadi seperti di Earthland.
Kecanggihan zaman di kedua-dua dunia ini sangat berbeza. Earthland masih menggunakan cara tradisi jika dibandingkan dengan Edolas. Pembangunan teknologi di Earthland sangat ketinggalan berbanding di Edolas-kenderaan sebagai contohnya, kenderaan di Earthland yang masih menggunakan "kereta lembu atau kuda" untuk bergerak. Ada juga kereta yang menggunakan kuasa daripada pemandu untuk menggerakkannya tetapi di Edolas mereka mempunyai "tangki minyak" yang dipenuhi dengan kuasa magik untuk menggerakan kenderaan yang dipandu. Cara penggunaan sistem berkomputer juga sangat berbeza. Di Earthland mereka menggunakan magik Arkib. Arkib ini berbeza bagi setiap pengguna. Semua maklumat disimpan oleh pengguna sendiri. Oleh itu simpanan data sebegini susah untuk digodam. Mereka juga menggunakan Lakrima sebagai pelayan data (server data) untuk menyimpan data. Bagi Edolas pula teknologi berkomputer sudah digunakan. Menganalisis maklumat dan menjalankan tetapan sering digunakan dalam Edolas seperti Persatuan Fairy Tail disitu. Mereka yang sering diburu oleh pemusnah persatuan telah melengkapi sebuah sistem penggera, radar dan teknologi teleport. Hal ini yang sering menyelamatkan mereka daripada pemusnah persatuan. Kesimpulannya Earthland tidak bergantung kepada teknologi kerana magik digunakan sebagai pengganti teknologi adalah lebih canggih. Setelah tujuh tahun berlalu "kecanggihan" cara penggunaan magik semakin meningkat contohnya mereka boleh membuat skrin besar untuk melihat siaran langsung berbanding dahulunya hanya boleh dilihat melalui Lakrima.
Tetapi budaya dalam Earthland lebih berkembang daripada Edolas. Muzik seperti pop rock dan hip hop sangat menonjol dalam dunia ini. Selain itu juga pakaian mereka juga banyak menggunakan fesyen terkini walaupun berlatar belakangkan zaman pertengahan dan agak berkonsepkan arab. Kemudahan lain seperti resort dan kafe banyak diletakkan dalam budaya kehidupan di Earthland. Walaupun Edolas adalah dunia selari dengan Earthland dan berbeza dari segi kecanggihan teknologi, budaya hidup mereka masih ditahap tradisional dan agak mengekalkan adat walaupun ada segelintir watak yang mengikuti cara budaya di Earthland seperti berpakaian.
Geografi[]
- Lihat juga: Tempat dalam Fairy Tail
Keadaan geografi di Earthland dengan Edolas jauh berbeza walaupun kedua-dua dunia ini dianggap selari. Keadaan geografi di Earthland sangat mirip dengan Bumi tetapi keadaan geografi di Edolas sangat mirip dengan dunia fantasi seperti tanah terapung dan sungai terapung.
Dalam siri ini juga terdapat banyak peninggalan sejarah. Contohnya Jajahan Ishvan yang menjadi tempat tinggal Gray Fullbuster hancur musnah diserang oleh makhluk ciptaan Zeref, Deliora.
Flora dan Fauna[]
- Untuk perincian mengenai tumbuhan ajaib, sila lihat Senarai tumbuhan fiksyen dalam Fairy Tail.
Earthland juga salah satu habitat bagi kebanyakan hidupan dan tumbuhan liar yang ajaib. Naga, Vulcan, Wyvern, Goblin, Backsye, Clipper, Curily, Raksasa Grand Magic Games, Hane-Sakana, Hobras, Kubina Gamaru, Lizarman, Tupai Tenrou, Harimau Jadian (Fairy Tail) dan Celestial Spirit kesemuanya ada peranan masing-masing. Selain itu juga tumbuhan yang wujud di Bumi seperti cendawan mempunyai keajaibannya tersendiri. Di Edolas pula tiada maklumat mengenai hidupan tau tumbuhan liar selain manusia kecuali Exceed, masyarakat yang berupa kucing kecil yang boleh terbang seperti Happy dan Carla. Mereka juga mempunyai kerajaan mereka sendiri. Legion adalah seekor binatang tunggangan yang boleh terbang yang digunakan oleh golongan manusia diraja di Edolas.
Kerajaan dan Politik[]
Earthland diperintah oleh manusia sahaja dan melaksanan sistem pemerintahan beraja. Selain itu setiap persatuan diawasi oleh Majlis Magik. Edolas pula diperintah oleh manusia bergolongan diraja dan diawasi oleh golongan beraja Exceed di Extalia sebuah kerajaan terapung.
Ekonomi[]
Urus niaga fiksyen menggunakan magik sangat aktif sejak sebelum siri ini bermula lagi. Di Kerajaan Fiore, urus niaga dijalankan menggunakan Jewel Templat:Jewel sebagai matawang. Sepanjang siri ini bermula Hiro Mashima tidak menyatakan langsung akan kewujudan bank. Ramai menganggap duit dalam siri ini dipenggang sendiri oleh tuannya sendiri. Urus niaga di kerajaan lain di Earthland dan Edolas tidak dinyatakan.
Jewel[]
Fail:Wang Jewel.jpg | |
---|---|
Jewel | |
Kanji |
ジュエル |
Rōmaji |
Jueru |
Cara Penggunaan |
Matawang |
Simbol |
Templat:Jewel |
Pengguna |
Penduduk Fiore |
Jewel (ジュエル Jueru) adalah unit mata wang fiksyen bagi kewangan Fiore.
Sebagai perbandingan, 100 Jewel bersamaan lebih kurang RM30.[1]
Permainan, pentandingan dan sukan[]
Pertandingan pertama dalam siri ini adalah Miss Fairy Tail iaitu pencarian ratu cantik dalam persatuan Fairy Tail. Hadiah yang bakal direbut dalam pertandingan itu bernilai 500,000 Templat:Jewel. Tetapi pertandingan ini dibatalkan kerana amukan Laxus Dreyar untuk menjadi pengerusi dalam persatuan Fairy Tail.
Tidak banyak aktiviti sukan yang dijalankan sepanjang siri ini bermula. Hanya terdapat satu sahaja sukan yang dinyatakan dalam siri ini iaitu marathon. Sukan ini juga dijadikan pertandingan bersyarat. Jika terdapat lima peserta di kedudukan terakhir, peserta tersebut akan dipakai pakaian berlainan jantina dan gambar mereka berpakaian sebegitu dengan gaya seakan jantina yang mereka wakili akan disiarkan dalam Majalah Sorcerer pada bulan tersebut.
Tujuh tahun kemudian pada 1 Julai X791, semua persatuan di Fiore menyertai Grand Magic Games yang dicipta semasa kehilangan ahli utama Fairy Tail di Pulau Tenrou. Hadiah bernialai 3,000,000 Templat:Jewel menjadi rebutan setiap persatuan disamping merebut tempat pertama dalam pertandingan itu. Persatuan Fairy Tail memenangi pertandingan ini.
Komunikasi[]
Beberapa kaedah komunikasi ajaib yang digunakan oleh ahli sihir di Earthland. Tetapi di Edolas tidak dinyatakan cara mereka berkomunikasi.
Lakrima[]
Sebuah kristal berbentuk bebola digunakan sebagai "panggilan video" di Bumi. Isyarat kedudukan bagi setiap lakrima boleh dikesan dengan mudah. Tidak hairanlah mereka boleh memanggil sesiapa sahaja tanpa mengetahui kedudukan lakrima tersebut.
Telepati[]
Cara ini banyak digunakan dalam siri ini. Mereka boleh bercakap secara dalam minda atau percakapan.
Kad Magik[]
Kad Panggilan[]
Kad Magik mengandungi gambar diolah individu tertentu, yang akan membolehkan pembawa untuk berkomunikasi dengan orang tersebut. Kad Panggilan yang diketahui adalah Gildarts Clive,[2] Cana Alberona, [3] dan Warren Rocko.[4]
Kad Lucy Meminta Pertolongan[]
Kad ini dibuat khas untuk Lucy Heartfilia oleh Caba Alberona jika sesuatu bahaya berlaku terhadap Lucy. Kad ini akan menyala jika Lucy mengunakannya untuk memberitahu Cana akan bahaya yang dihadapi Lucy.[5] Kad ini juga mempunyai anak panah yang menunjukkan arah kedudukan Lucy.[6]
Unjuran Fikiran[]
Sejenis Magik yang membolehkan pengguna untuk membuat salinan psikik atau badannya. Magik ini boleh digunakan walaupun pada jarak yang jauh, yang membolehkan pengguna untuk dasarnya berada di dua tempat pada satu masa. Walaupun beberapa Unjuran Pemikiran adalah tidak ketara seperti hologram, digunakan semata-mata untuk komunikasi.[7]
Pengangkutan[]
Kenderaan seperti kereta lembu atau kuda sering digunakan dalam siri ini. Selain itu juga magik telepot digunakan bagi kesesuatu tempat yang diingini dengan sesuka hati tanda mengeluarkan belanja yang banyak.
Kereta magik pula terdapat satu jenis di setiap Edolas dan Earthland. Kereta magik di Earthland sangat ketinggalan berbanding kereta magik di Edolas. Kereta magik di Earthland mesti menggunakan kuasa magik pemandu untuk menggerakkannya. Manakala kereta magik di Edolas pula terdapat Lakrima yang berperanan sebagai "tangki minyak" untuk mengerakkan kereta magik.
Media Massa[]
Majalah Sorcerer[]
Sebuah majalah fiksyen berinformasi yang terkenal setiap minggu dipasarkan. Majalah ini seperti surat khabar yang melaporkan kesemua berita dalam dunia magik tidak kira baik ataupun buruk. Terdapat banyak ahli sihir yang telah menjadi model dalam majalah ini seperti Mirajane Strauss[8] dan Gray Fullbuster[9]
Makanan dan minuman[]
Makanan dan minuman di dalam siri ini sama seperti di Bumi. Akan tetapi hidangan yang berunsurkan elemen api, udara, besi, kilat, cahaya dan bayang menjadi santapan kepada mage yang menggunakan magik Pembunuh Naga dan Pembunuh Dewa sebagai penambah kuasa magik mereka. Dalam siri ini juga menyatakan Mirajane boleh memakan bisa yang dikeluarkan oleh Kamika jika Mirajane dalam keadaan transformasi Satan Soul.[10]
Manga[]
Anime[]
Nota[]
- ↑ Fairy Tail Manga: Jilid 1, Nota Pengarang.
- ↑ Fairy Tail Manga: Bab 259, M/s 17-18
- ↑ Fairy Tail Anime: Episod 136
- ↑ Fairy Tail Anime: Episod 144
- ↑ Fairy Tail Manga: Bab 232, M/s 12
- ↑ Fairy Tail Manga: Bab 233, M/s 1-2
- ↑ Fairy Tail Manga: Bab 110, M/s 3-4
- ↑ Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 28
- ↑ Mingguan Sorcerer Paparan Khas Muka depan bab 67
- ↑ Fairy Tail Manga: Bab 310, M/s 12-13